Kamis, 16 Mei 2013

Ad-Damiri Doktor Haiwan Terhebat Dari Dunia Islam



Ad-Damiri Doktor Haiwan Terhebat Dari Dunia Islam

Muhammad bin Musa bin Isa Kamal ad-Din ad-Damiri dilahirkan di Kaherah pada lebih kurang awal tahun 742 H/1341 M dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 808 H/1405 M. Kemasyhurannya sebagai penulis muncul pada karyanya Hayat Al-Hayawan Al-Kubra, sebuah ensiklopedia bagi para ahli zoologi yang juga merupakan buku ilmu mengenai haiwan yang terbaik pad masa itu.

Ensiklopedia ini kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebanyak dua jilid. Melalui karyanya inilah beliau dikenali baik di Barat mahupun di Timur.

Buku Hayat al-Hayawan al-kubra ditulisnya sebagai suatu pengantar untuk membetulkan anggapan yang keliru tentang dunia haiwan. Karya tersebut juga telah dilengkapi dengan senarai binatang pada tahun 1371M-1372M. Oleh yang demikian, kitab ini bukan hanya sekadar satu ringkasan mengenai binatang yang ada di wilayah Arab, tetapi juga merupakan sebuah gedung cerita rakyat muslim sebagaimana digambarkan oleh J. De Somongyi dalam kajiannya. Lebih-lebih lagi, ad-Damiri bukan hanya membataskan karyanya pada aspek zoologi semata-mata, tetapi dia juga mengetengahkan semua perkara yang berkaitan dengan dunia haiwan dengan kaedah yang berbagai-bagai.

Bahagian yang paling penting dari kitab ini adalah sebuah bab yang mengandungi kajian sejarah para khalifah, yang merangkumi lebih kurang sepertiga bahagian dari keseluruhan isi buku ini. Maklumat di dalamnya disusun mengikut abjad sesuai dengan huruf pertama dari nama haiwan yang ada di dalamnya. Secara amnya, kandungan buku tersebut merangkumi: Aspek fisiologi jenis haiwan; Deskripsi mengenai haiwan dan sifat serta kebiasaannya; Haiwan yang disebutkan di dalam hadis. Kewajarannya menurut hukum sebagai makanan manusia menurut berbagai mazhab; serta Peribahasa dan cerita rakyat yang berhubung dengan haiwan.

Selain itu, ada juga bab membahaskan tentang rawatan dan sifat bahagian haiwan yang berbeza-beza. Buku tersebut mengandungi 1069 buah artikel.


1 komentar:

Unknown mengatakan...

Alhamdulillah