Selasa, 12 September 2017

Pembacaan Al-Awail As-Sunbuliyyah

Al-Awail as-Sunbuliyyah

Oleh; H. Rizqi Dzulqornain al-Batawiy

بسم الله الرحمن الرحيم

 حمدا له أظهر في الوجود *** نور حقيقة النبي المحمود
وصل يا رب على محمد *** الفاتح الخاتم طه الأمجد
وناصر الحق وهادينا الى *** صراطك القويم نهج الفضلا
وآله بحق قدره الفخيم *** وجاه مقدار مقامه العظيم.

أما بعد:

Kitab al-Awa’il as-Sunbuliyyah ialah sebuah kitab yang meninventarisir hadith-hadith pertama yang terdapat di dalam 43 buah kitab hadis, yang diriwayatkan oleh Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul al-Makkiy secara bersambung sanadnya sampai kepada para penyusun kitab. Di antaranya al-Kutub as-Sittah, Sunan al-Darimi, Muwatta’ Malik, Musnad Imam Abu Hanifah, Musnad Imam al-Syafi’i, Musnad Imam Ahmad, Sunan al-Daraqutni, Sunan Sa’id bin Mansur, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, Syarh as-Sunnah imam al-Baghawi, Musnad at-Thayalisi dan lain-lain.

Tujuan kitab al-Awa’il seperti ini disusun ialah untuk memudahkan penyusunnya dalam mengijazahkan kitab-kitab hadith yang diriwayatkan kepada murid-muridnya atau sesiapa sahaja yang ingin meminta ijazah daripadanya dan layak. Maka sesiapa yang meriwayatkan kitab al-Awa’il ini bermakna sanadnya bersambung secara langsung dengan penyusun-penyusun kitab hadith yang tersebut, seterusnya bersambung dengan Rasulullah SAW. Syeikh Muhammad Sa‘id telah meriwayatkan semua kitab-kitab tersebut daripada guru-gurunya, yang nama mereka seperti berikut; Syeikh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurani (juga guru Syah Waliyullah al-Dihlawi), Syeikh ‘Id ibn ‘Ali al-Azhari (murid Syeikh ’Abdullah bin Salim al-Basri), Syeikh Ahmad al-Nakhli al-Makki dan Syeikh ‘Umar ibn Ahmad ibn ‘Aqil al-Saqqaf. Beliau juga menambah kemudiannya beberapa hadith daripada beberapa kitab hadith lain yang hampir berjumlah 30 buah. Kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ini masyhur digunakan di daerah Hijjaz dan juga benua kecil India sejak kurun ke-12 Hijrah. (Muhammad ‘Abd al-Hay ibn ‘Abd al-Kabir al-Kattani, jilid 1 halaman: 100-101).

Biografi Pengarang Al-Awail as-Sunbuliyyah

Penyusun kitab al-Awail as-Sunbuliyyah ialah Syeikh Abu al-Khayr Muhammad Sa‘id ibn Muhammad Sunbul al-Qurasyi al-Makkiy al-Syafi‘iy. Beliau berasal daripada Mekah, dan merupakan salah seorang ulama besar mazhab Syafi’i di Mekah. Beliau pernah menjawat tugas bagi hal-ihwal fatwa dan pengajaran bagi mazhab Syafi’i di Masjidil Haram. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya. Antara tulisan buah tangannya selain kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah ialah kitab Isnad Muhammad Sa‘id, kitab Thabat dan lain-lain. Beliau telah meninggal dunia di Thaif pada tahun 1175 Hijriyah.

Di antara murid-muridnya yang terkenal ialah anak beliau sendiri, Muhammad Thahir Sunbul (wafat 1218 Hijriyah), Muhammad Sa‘id Safar al-Madani (wafat 1194 Hijriyah), Syeikh Isma‘il bin ’Abdullah al-Naqsyabandi (wafat 1182 Hijriyah), Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Madani (Wafat 1192 Hijriyah), Mustafa bin Muhammad al-Rahmati (wafat 1205 Hijriyah), Muhammad al-Murtadha al-Zabidi, pensyarah Ihya’ ’Ulumiddin (wafat 1205 Hijriyah) dan lain-lain lagi. (Lihat: Khayr al-Din al-Zirikli, al-A‘lam, jilid  6, halaman: 140. Muhammad ‘Abd al-Hay ibn ‘Abd al-Kabir al-Kattani, Fihris al-Faharis wa al-Athbat wa Mu‘jam al-Ma‘ajim wa al-Musalsalat, j.ilid 1, halaman: 100-102. Muhammad ‘Abd Allah Al Rasyid, Imdad al-Fattah bi Asanid wa Marwiyyat al-Syaykh ‘Abd al-Fattah. h. 588-589). 


Sanad Syeikh Muhammad Yasin al-Fadaniy rahimahullah: Kitab al-Awa’il as-Sunbuliyyah ini telah menerima tumpuan daripada ramai ahli ilmu dan para pencari sanad. Ini dapat dilihat sebagai contohnya di dalam sanad Syeikh Muhammad Yasin al-Fadaniy, di mana beliau telah meriwayatkan kitab ini daripada hampir 40 orang syeikh yang dihimpunkan kesemua sanad mereka di dalam risalah kecil berjudul : (النفحة المسكية في الأسانيد المتصلة بالأوائل السنبلية). Jumlah keseluruhan perawi yang terdapat di dalam risalah ini adalah sekitar 190 orang, yaitu antara murid-murid Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul sehingga guru-guru Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. رحمهم الله تعالى Kebanyakan mereka terdiri daripada alim ulama besar yang berasal dari berbagai tempat seperti Hijjaz, Syria, Mesir, Maghribi, Yaman, India, dan juga Nusantara. Sumber: http://sawanih.blogspot.co.id/search

Al-faqrir meriwayatkan kitab al-Awailus Sunbuliyah dari al-Muhaddist Syekh Hassan Bin Ahmad Bin Abd as-Subhan al-Hindiy. Kitab tersebut dikhatamkan pada tanggal 21 Dzulhijjah 1438 Hijriyah bertepatan 12 September 2017 Masehi sebelum Ashar. Al-Faqir mendengar pembacaan kitab tersebut dibacakan oleh Duktur Bassam melalui Mixlr dari awal sampai akhir majelis dan Syekh Hassan Bin Ahmad Bin Abd Subhan al-Hindiy mengijazahkan kepada hadirin dan msutamiin ijazah ammah kitab al-awail as-sunbuliyyah.

awail sunbuliyah


Khadimul Majlis al-Mu'afah
H. Rizqi Dzulqornain al-Batawiy


instagram.com/rizkialbatawi


instagram.com/Zulqornain_Muafiy



 ********* ******** ********

يا فالق الحب والنوى، أعط كل واحد من الخير ما نوى، وارفع عنا كل شكوى، واكشف عنا كل بلوى، وتقبل منا كل نجوى، وألبسنا لباس التقوى، واجعل الجنة لنا مأوى .

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ، وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ.
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Alamat Yayasan al-Muafah

Jalan Tipar Cakung Rt: 05 Rw 08 NO: 5 Kampung Baru, Cakung Barat 13910


10 komentar:

Ali fikri mengatakan...

Subhanallah..

Ali fikri mengatakan...

Subhanallah..

Faisal Amri mengatakan...

Berkah Baginda....

Unknown mengatakan...

Lg dmn? Udah di jakarta ya

Unknown mengatakan...

Kapan ke almuafah

Unknown mengatakan...

Tambah lagi....

Unknown mengatakan...

Tambah lagi....

Unknown mengatakan...

Alhamdulillah berkah selalu manfaat ilmunya baginda.

Yayasan Almuafah mengatakan...


Ikuti kajian islam;

Instagram; @rizkialbatawi

Pagefacebook: Rizqi Zulqornain Albatawi

توجكم الله بتاج العز والقبول
وبلغكم كل سول ومأمول


آمين

Mohamad rashdan mengatakan...

masyaaalah