Al-Awail as-Sunbuliyyah
Oleh; H. Rizqi Dzulqornain
al-Batawiy
بسم الله الرحمن الرحيم
حمدا
له أظهر في الوجود *** نور حقيقة النبي المحمود
وصل يا رب على محمد *** الفاتح الخاتم طه الأمجد
وناصر الحق وهادينا الى *** صراطك القويم نهج الفضلا
وآله بحق قدره الفخيم *** وجاه مقدار مقامه العظيم.
أما بعد:
Kitab al-Awa’il as-Sunbuliyyah ialah sebuah kitab yang
meninventarisir hadith-hadith pertama yang terdapat di dalam 43 buah kitab
hadis, yang diriwayatkan oleh Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul al-Makkiy secara
bersambung sanadnya sampai kepada para penyusun kitab. Di antaranya al-Kutub as-Sittah,
Sunan al-Darimi, Muwatta’ Malik, Musnad Imam Abu Hanifah, Musnad Imam
al-Syafi’i, Musnad Imam Ahmad, Sunan al-Daraqutni, Sunan Sa’id bin Mansur, Mushannaf
Ibnu Abi Syaibah, Syarh as-Sunnah imam al-Baghawi, Musnad at-Thayalisi dan
lain-lain.
Tujuan kitab al-Awa’il seperti ini disusun ialah untuk memudahkan
penyusunnya dalam mengijazahkan kitab-kitab hadith yang diriwayatkan kepada
murid-muridnya atau sesiapa sahaja yang ingin meminta ijazah daripadanya dan
layak. Maka sesiapa yang meriwayatkan kitab al-Awa’il ini bermakna sanadnya
bersambung secara langsung dengan penyusun-penyusun kitab hadith yang tersebut,
seterusnya bersambung dengan Rasulullah SAW. Syeikh Muhammad Sa‘id telah meriwayatkan
semua kitab-kitab tersebut daripada guru-gurunya, yang nama mereka seperti
berikut; Syeikh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurani (juga guru Syah
Waliyullah al-Dihlawi), Syeikh ‘Id ibn ‘Ali al-Azhari (murid Syeikh ’Abdullah
bin Salim al-Basri), Syeikh Ahmad al-Nakhli al-Makki dan Syeikh ‘Umar ibn Ahmad
ibn ‘Aqil al-Saqqaf. Beliau juga menambah kemudiannya beberapa hadith daripada
beberapa kitab hadith lain yang hampir berjumlah 30 buah. Kitab al-Awa’il
al-Sunbuliyyah ini masyhur digunakan di daerah Hijjaz dan juga benua kecil
India sejak kurun ke-12 Hijrah. (Muhammad ‘Abd al-Hay ibn ‘Abd al-Kabir
al-Kattani, jilid 1 halaman: 100-101).
Biografi Pengarang Al-Awail as-Sunbuliyyah
Penyusun kitab al-Awail as-Sunbuliyyah ialah Syeikh Abu al-Khayr
Muhammad Sa‘id ibn Muhammad Sunbul al-Qurasyi al-Makkiy al-Syafi‘iy. Beliau
berasal daripada Mekah, dan merupakan salah seorang ulama besar mazhab Syafi’i
di Mekah. Beliau pernah menjawat tugas bagi hal-ihwal fatwa dan pengajaran bagi
mazhab Syafi’i di Masjidil Haram. Beliau telah menghasilkan beberapa buah
karya. Antara tulisan buah tangannya selain kitab al-Awa’il al-Sunbuliyyah
ialah kitab Isnad Muhammad Sa‘id, kitab Thabat dan lain-lain. Beliau telah
meninggal dunia di Thaif pada tahun 1175 Hijriyah.
Di antara murid-muridnya yang terkenal ialah anak beliau sendiri,
Muhammad Thahir Sunbul (wafat 1218 Hijriyah), Muhammad Sa‘id Safar al-Madani
(wafat 1194 Hijriyah), Syeikh Isma‘il bin ’Abdullah al-Naqsyabandi (wafat 1182 Hijriyah),
Muhammad ibn Sulayman al-Kurdi al-Madani (Wafat 1192 Hijriyah), Mustafa bin
Muhammad al-Rahmati (wafat 1205 Hijriyah), Muhammad al-Murtadha al-Zabidi,
pensyarah Ihya’ ’Ulumiddin (wafat 1205 Hijriyah) dan lain-lain lagi. (Lihat:
Khayr al-Din al-Zirikli, al-A‘lam, jilid 6, halaman: 140. Muhammad ‘Abd al-Hay ibn ‘Abd
al-Kabir al-Kattani, Fihris al-Faharis wa al-Athbat wa Mu‘jam al-Ma‘ajim wa
al-Musalsalat, j.ilid 1, halaman: 100-102. Muhammad ‘Abd Allah Al Rasyid, Imdad
al-Fattah bi Asanid wa Marwiyyat al-Syaykh ‘Abd al-Fattah. h. 588-589).
Sanad Syeikh Muhammad Yasin al-Fadaniy rahimahullah: Kitab
al-Awa’il as-Sunbuliyyah ini telah menerima tumpuan daripada ramai ahli ilmu
dan para pencari sanad. Ini dapat dilihat sebagai contohnya di dalam sanad
Syeikh Muhammad Yasin al-Fadaniy, di mana beliau telah meriwayatkan kitab ini
daripada hampir 40 orang syeikh yang dihimpunkan kesemua sanad mereka di dalam
risalah kecil berjudul : (النفحة المسكية في الأسانيد
المتصلة بالأوائل السنبلية).
Jumlah keseluruhan perawi yang terdapat di dalam risalah ini adalah sekitar 190
orang, yaitu antara murid-murid Syeikh Muhammad Sa‘id Sunbul sehingga guru-guru
Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. رحمهم الله تعالى Kebanyakan mereka terdiri daripada alim
ulama besar yang berasal dari berbagai tempat seperti Hijjaz, Syria, Mesir,
Maghribi, Yaman, India, dan juga Nusantara. Sumber:
http://sawanih.blogspot.co.id/search
Al-faqrir meriwayatkan kitab al-Awailus Sunbuliyah dari al-Muhaddist
Syekh Hassan Bin Ahmad Bin Abd as-Subhan al-Hindiy. Kitab tersebut dikhatamkan
pada tanggal 21 Dzulhijjah 1438 Hijriyah bertepatan 12 September 2017 Masehi sebelum
Ashar. Al-Faqir mendengar pembacaan kitab tersebut dibacakan oleh Duktur Bassam
melalui Mixlr dari awal sampai akhir majelis dan Syekh Hassan Bin Ahmad Bin Abd
Subhan al-Hindiy mengijazahkan kepada hadirin dan msutamiin ijazah ammah kitab al-awail
as-sunbuliyyah.
Khadimul Majlis al-Mu'afah
H. Rizqi Dzulqornain al-Batawiy
instagram.com/rizkialbatawi
instagram.com/Zulqornain_Muafiy
********* ******** ********
يا فالق الحب والنوى، أعط كل واحد من الخير ما نوى، وارفع عنا كل
شكوى، واكشف عنا كل بلوى، وتقبل منا كل نجوى، وألبسنا لباس التقوى، واجعل الجنة
لنا مأوى .
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا
أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي
إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ، وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ
العَظِيْمِ.
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلامٌ
عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Alamat Yayasan al-Muafah
Jalan Tipar Cakung Rt: 05 Rw 08
NO: 5 Kampung Baru, Cakung Barat 13910
10 komentar:
Subhanallah..
Subhanallah..
Berkah Baginda....
Lg dmn? Udah di jakarta ya
Kapan ke almuafah
Tambah lagi....
Tambah lagi....
Alhamdulillah berkah selalu manfaat ilmunya baginda.
Ikuti kajian islam;
Instagram; @rizkialbatawi
Pagefacebook: Rizqi Zulqornain Albatawi
توجكم الله بتاج العز والقبول
وبلغكم كل سول ومأمول
آمين
masyaaalah
Posting Komentar