Sabtu, 18 Mei 2013

Wajah Mulia



Ulama kenamaan Imam Jalaluddin Suyuthi (Wafat 911 H) pengarang salah satu kitab tafsir yang paling banyak dibaca dalam dunia Islam menyebutkan dalam kitabnya “al-Kanzul Madfun Wa al-Fulkul Masyhun halaman 157 daftar nama-nama tokoh yang memiliki keserupaan fisik dengan Rasulullah Sallallahu Alaih Wa Ala Alihi Wa Sallam:
1. Qatsm Bin Abbas Bin Abdul Muthallib

2. Ja’far Bin Abi Thalib

3. Abu Sufyan Bin al-Harts Bin Abdul Muthallib

4. Hasan Bin Ali Bin Abi Thalib

5. Saib Bin Ubaid yang merupakan kakek dari Imam syafii


Khadimul Janabin Nabawiy
H. Rizqi Zulqornain al-Batawiy


Kamis, 16 Mei 2013

Kepentingan Talaqqi Hadith As-Syarif Menyorot Kisah Imam Al-Kautsari bersama Al-Allamah Syeikh Yusuf Ad-Dijwi Al-Azhari



Kepentingan Talaqqi Hadith As-Syarif Menyorot Kisah Imam Al-Kautsari bersama Al-Allamah Syeikh Yusuf Ad-Dijwi Al-Azhari

Al-Imam Syeikh Muhammad Zahid al-Kawtsari bukan saja seorang yang alim dalam bidang fiqh, usul dan akidah, bahkan beliau juga seorang yang alim dalam bidang hadis. Kitab sanadnya, al-Tahrir al-Wajiz yang ditahkik muridnya al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah adalah antara bukti kenyataan ini.

Ada satu kisah tentang Syeikh Muhammad Zahid al-Kawtsari yang di dalamnya mengandungi mutiara iktibar yang boleh kita renungkan. Yaitu suatu gambaran tentang kesungguhan dalam memastikan persambungan tradisi periwayatan hadis dalam satu situasi zaman di mana para pelajar dan para ilmuwan di al-Azhar, Mesir pada masa itu sudah tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang penting. Tradisi periwayatan hadis di Al-Azhar pada waktu itu sudah kurang popular, tidak lagi seperti di zaman-zaman sebelumnya.

Syeikh Dr. Muhammad Rajab al-Bayyumi (1923 - 2011) pernah menceritakan pengalamannya bersama ‘Allamah al-Syam Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Maghribi (1868 - 1956), murid kepada Al-Muhaddith al-Syam Syeikh Badruddin al-Hasani dan salah seorang sahabat Al-mufakkir Syeikh Muhammad ‘Abduh rahimahumullah, yang pernah membawanya ke suatu majlis ilmu khas.

Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Maghribi telah mengajaknya untuk berziarah ke rumah seorang alim besar. Maka, makluman tersebut amat menggembirakan Syeikh Rajab kareana beliau akan dapat berpeluang untuk bertemu salah seorang dari tokoh-tokoh ulama besar pada masa itu.

Cerita Syeikh Rajab al-Bayyumi, maka kereta mereka pun membelah dengan pantas jalan-jalan di Kaherah, melalui ‘Abbasiyyah, Qubbah, Zaytun dan Matariyyah sehinggalah mereka sampai ke ‘Azbah al-Nakhl yang pada masa itu hanya sebuah kampung kecil sebelum berkembang di situ kawasan perumahan penduduk dengan begitu pesat kemudiannya.

Syeikh 'Abdul Qadir al-Maghribi pun meminta pemandu kereta berhenti di hadapan sebuah bangunan kecil. Mereka kemudian menuju ke pintunya, dan Syeikh al-Maghribi pun membukanya dengan perlahan. Setelah itu, mereka menuju ke sebuah bilik di tingkat pertama, dan beliau pun mengetuk pintunya secara perlahan dengan jari seperti orang yang sedang meminta izin. Seterusnya beliau pun masuk, dan saya hanya mengekori di belakangnya.

Maka kami menemui seorang alim yang disegani sedang duduk bersila di atas sebuah kerusi empat segi. Di hadapannya pula, ada seorang alim yang disegani juga sedang duduk di atas lantai. Beliau memegang sebuah nuskhah kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik sambil membaca isinya dengan penuh rasa hormat. Lantas Syeikh al-Maghribi pun duduk dengan penuh khusyuk di belakang alim yang membaca tersebut, dan beliau juga meminta saya duduk. Maka saya pun duduk di sebelahnya. Dan kami hanya mendengar bacaan alim berkenaan.

Namun, saya berada dalam perasaan bingung dan hairan, karena majlis tersebut hanyalah majlis mendengar, dan syeikh alim yang mengepalai itu pula hanya diam membisu. Malah tidak kelihatan pada mereka berdua reaksi di atas kehadiran dua orang tetamu di situ. Di mana si pembaca hanya terus membaca, manakala si pendengar hanya diam membisu. Sehinggalah berlalu hampir satu jam, akhirnya si pembaca pun bangun, lalu berjabat tangan dengan syeikh yang sedang duduk. Seterusnya beliau menuju pula kepada kami, lalu berjabat tangan dengan Syeikh al-Maghribi dengan penuh rasa kasih, serta berjabat tangan dengan saya pula dengan penuh mesra.

Kemudian kami semua menuju kepada syeikh besar tadi, lalu si pembaca dan Syeikh al-Maghribi mengucup tangannya dengan penuh rasa hormat. Maka saya pun hanya mengikut perbuatan mereka itu. Namun begitu, saya tidak faham apa-apa tentang apa yang sedang saya saksikan.

Apabila tibanya waktu pulang, saya terus menemani Syeikh al-Maghribi dalam keadaan kehairanan dan rasa takjub. Dan beliau perasan dengan persoalan yang menyelubungi benak saya itu.

Lalu beliau bertanya, “Tidakkah kamu kenal tuan alim besar Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Yusuf al-Dijwi [al-Maliki] (1870 - 1946), salah seorang anggota Jemaah Ulama Besar al-Azhar, dialah orang yang hanya mendengar di atas kerusi tadi. Dan tidakkah pula kamu kenal alim besar Syeikh Muhammad Zahid al-Kawtsari [al-Hanafi] (1879 - 1952), wakil Ulama Islam dalam era Khilafah ‘Utsmaniyyah, dialah orang yang membaca di atas lantai tadi. Dan majlis itu mempunyai satu tujuan bermakna, di mana rantaian periwayatan kitab al-Muwatta’ dari Imam Malik tidak pernah terputus hinggalah ke hari ini, di mana golongan khalaf berterusan meriwayatkannya dari golongan salaf sehinggalah bersambung dengan Imam Malik...”

Setelah mendengar penjelasan Syeikh al-Maghribi yang panjang lebar, Syeikh Rajab yang masih muda pun berasa ingin memperolehi ijazah al-Muwatta’ dari Syeikh Yusuf al-Dijwi, namun Syeikh al-Maghribi berkata setelah memaklumkan mereka hadir hanya untuk mengambil barakah sahaja, katanya:

“Itu satu keinginan yang baik. Akan tetapi ia agak sukar ditunaikan bersama Syeikh Yusuf al-Dijwi kerana beliau tidak akan berjabat tangan untuk ijazah melainkan dengan orang yang membaca kitab al-Muwatta’ secara lengkap tanpa terkurang satu huruf pun. Sedangkan beliau sedang sakit, dan tidak mungkin beliau akan memulakan semula majlis periwayatan untuk sesiapa pun lagi selepas Syeikh Muhammad Zahid al-Kawtsari. Ini kerana beliau adalah sahabatnya yang paling dihormati, dan beliau telah memintanya untuk membaca, lantaran itu Syeikh Yusuf al-Dijwi terpaksa menerimanya, sedangkan sakit beliau menghalangnya untuk duduk berterusan selama berjam-jam melainkan dengan penuh rasa kesukaran...”.

(Sumber: Majalah al-Manhal, Julai-Ogos 1991)

Kisah Imam Sufyan Bin 'Uyainah: Kunikahi Dia Karena Agamanya



Kisah Imam Sufyan Bin 'Uyainah: Kunikahi Dia Kerana Agamanya!

Yahya bin Yahya an-Naisaburi menceritakan: "Suatu hari, ada seorang lelaki mendatangi Imam Sufyan bin 'Uyainah dengan berkata : ’Wahai Abu Muhammad (kunyah/gelaran Imam Sufyan)! Aku ingin mengadukan kepadamu tentang keadaan isteriku. Aku menjadi lelaki yang paling hina dimatanya”.

Maka Imam Sufyan menggeleng-gelengkan kepalanya kehairanan dan kemudian berujar: "Mungkin, keadaan itu muncul kerana engkau menikahinya untuk meraih kehormatan?”

Lelaki itu pun mengakuinya: "Ya, betul wahai Abu Muhammad”.

Imam Sufyan lalu berpesan: “siapa saja pergi kerana mencari kehormatan, niscaya akan diuji dengan kehinaan. siapa saja mengerjakan sesuatu lantaran dorongan harta, niscaya akan diuji dengan kefakiran. siapa saja mengerjakan sesuatu kerana dorongan agama, niscaya Allah akan menghimpun kehormatan dan harta bersama agamanya”.

Lalu, Imam Sufyan mula bercerita:

"Kami adalah empat bersaudara, Muhammad, Imran, Ibrahim, dan aku sendiri. Muhammad adalah abang sulung., Imran anak bungsu. Sedangkan aku berada di tengah-tengah.

Tatkala Muhammad ingin menikah, ia menginginkan kemuliaan nasab. Maka ia menikahi wanita yang lebih tinggi kedudukannya. Kemudian Allah mengujinya dengan kehinaan.

Sedangkan Imran, (saat menikah) ingin mendapatkan harta. Maka ia menikahi wanita yang lebih kaya dari dirinya. Allah kemudian mengujinya dengan kemiskinan. Keluarga wanita mengambil seluruh yang dimilikinya, tidak menyisakan sedikitpun.

Aku pun merenungkan nasib keduanya. Sampai akhirnya Ma’mar bin Rasyid datang menghampiriku. Aku pun berbincang dengannya. Aku ceritakan kepadanya peristiwa yang menimpa para saudaraku. Ia mengingatkanku dengan hadis

تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ
”Wanita dinikahi kerana empat perkara: Karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Carilah wanita yang beragama, niscaya kamu akan beruntung”.

Sedangkan Nabi shallallahu alaIhi wa sallam bersabda:

"Wanita yang paling besar berkatnya adalah wanita yang paling ringan beban pembiayaannya”

Maka, aku memutuskan untuk memilih bagi diriku (wanita yang) memiliki agama dan beban yang ringan untuk mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu alahi wa sallam. Allah menghimpunkan bagiku kehormatan dan limpahan harta dengan sebab agamanya”.

Itulah salah satu hikmah yang muncul dari lisannya. Tidak sedikit untaian hikmah dari Sufyan yang mencerminkan kekuatan pegangannya dengan sunnah Nabi dan kedekatannya dengan Al-Khaliq, Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Rujukan: Tahdzibul Kamal Fi Asmai ar-Rijal (3/223-228) karya Imam al-Hafiz Jamaluddin Abul Hajjaj Yusuf al-Mizzi


Ad-Damiri Doktor Haiwan Terhebat Dari Dunia Islam



Ad-Damiri Doktor Haiwan Terhebat Dari Dunia Islam

Muhammad bin Musa bin Isa Kamal ad-Din ad-Damiri dilahirkan di Kaherah pada lebih kurang awal tahun 742 H/1341 M dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 808 H/1405 M. Kemasyhurannya sebagai penulis muncul pada karyanya Hayat Al-Hayawan Al-Kubra, sebuah ensiklopedia bagi para ahli zoologi yang juga merupakan buku ilmu mengenai haiwan yang terbaik pad masa itu.

Ensiklopedia ini kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebanyak dua jilid. Melalui karyanya inilah beliau dikenali baik di Barat mahupun di Timur.

Buku Hayat al-Hayawan al-kubra ditulisnya sebagai suatu pengantar untuk membetulkan anggapan yang keliru tentang dunia haiwan. Karya tersebut juga telah dilengkapi dengan senarai binatang pada tahun 1371M-1372M. Oleh yang demikian, kitab ini bukan hanya sekadar satu ringkasan mengenai binatang yang ada di wilayah Arab, tetapi juga merupakan sebuah gedung cerita rakyat muslim sebagaimana digambarkan oleh J. De Somongyi dalam kajiannya. Lebih-lebih lagi, ad-Damiri bukan hanya membataskan karyanya pada aspek zoologi semata-mata, tetapi dia juga mengetengahkan semua perkara yang berkaitan dengan dunia haiwan dengan kaedah yang berbagai-bagai.

Bahagian yang paling penting dari kitab ini adalah sebuah bab yang mengandungi kajian sejarah para khalifah, yang merangkumi lebih kurang sepertiga bahagian dari keseluruhan isi buku ini. Maklumat di dalamnya disusun mengikut abjad sesuai dengan huruf pertama dari nama haiwan yang ada di dalamnya. Secara amnya, kandungan buku tersebut merangkumi: Aspek fisiologi jenis haiwan; Deskripsi mengenai haiwan dan sifat serta kebiasaannya; Haiwan yang disebutkan di dalam hadis. Kewajarannya menurut hukum sebagai makanan manusia menurut berbagai mazhab; serta Peribahasa dan cerita rakyat yang berhubung dengan haiwan.

Selain itu, ada juga bab membahaskan tentang rawatan dan sifat bahagian haiwan yang berbeza-beza. Buku tersebut mengandungi 1069 buah artikel.


Tangisan Syaikh Isham dan Wudhu Bathin



Tangisan Isam dan Wudhu Bathin

Dikisahkan bahwa ada seorang ahli ibadah bernama Isham bin Yusuf, dia sangat waro' dan sangat khusyu sholatnya. Namun demikian dia selalu khwatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyu dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyu.

Pada suatu hari Isham menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asham dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman (Nama kuniyah Hatim), bagaimanakah caranya tuan shalat?"

Hatim menjawab: "Apabila masuk waktu shalat, aku berwudu dzahir dan batin", Isham Bertanya: "Bagaimana wudhu batin itu?"

Berkata Hatim: "Wudhu dzahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :

1. Bertaubat.
2. Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
3. Tidak tergila-gila dengan dunia.
4. Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
5. Meninggalkan sifat bermegah-megahan.
6. Meninggalkan sifat khianat dan menipu.
7. Meninggalkan sifat dengki."


Seterusnya Hatim berkata: "Kemudian aku pergi ke Masjid, kusiapkan semua anggota badanku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah Taala ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sholat terakhir bagiku (kerana aku merasa akan mati setelah sholatku ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam sholat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadu' (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.

Ketika Syaikh Isham mendengarkan kata-kata Imam Hatim tadi, menangislah ia sekuat-kuatnya karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Imam Hatim.

Wallahu a'lam